GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang masih belum dapat mengesahkan identiti tiga individu yang rentung di dalam kereta jenis Toyota Vios selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Masjid Negeri di George Town Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata,meskipun terdapat ahli keluarga tampil mendakwa waris mangsa namun identiti tidak dapat dibuktikan buat masa ini.
Soffian berkata, pengecaman tidak dapat dipastikan berikutan tiada ciri-ciri pengenalan khas pada kesemua mangsa.
Katanya, barang peribadi yang diperolehi daripada ketiga-tiga mayat adalah tidak mencukupi.
Berikutan itu, katanya, Pihak forensik telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada setiap individu yang mendakwa waris si mati untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan identiti.
BACA: Tiga rentung kereta langgar pokok terbakar
Mengulas lanjut Soffian berkata, hasil bedah siasat sebelum itu mendapati ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat terbakar.
"Pemeriksaan doktor mengesahkan jantina tiga mayat itu adalah dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an.
"Mayat mangsa ketika ini disimpan di dalam bilik peti sejuk Jabatan Forensik sehingga pengesahan DNA mayat diperolehi sebelum diserahkan kepada ahli keluarga," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam kejadian jam 2.55 pagi itu tiga individu rentung selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbakar selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri, Jelutong, Pulau Pinang.
Ketiga-tiga mangsa terbakar kira-kira 90 peratus dan identiti ketiga-tiga mangsa belum dikenal pasti.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Aug 19 2021
Dalam kejadian jam 2.55 pagi itu tiga individu rentung selepas kenderaan jenis Toyota Vios yang dinaiki mereka terbakar selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri, Jelutong, Pulau Pinang.- Gambar fail
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
Dua rentung dalam kebakaran 16 rumah setinggan
Kebakaran melibatkan 16 rumah setinggan dan keadaan rumah yang terlalu rapat antara satu sama lain menyukarkan operasi pemadaman.
Pasangan warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kebakaran di bengkel kenderaan di Jalan Datuk Bandar Mustapha, Kuching, pagi tadi.
Warga emas lumpuh rentung, rumah kedai terbakar
Mangsa, Loo Leng Wion yang berusia 90 tahun ditemui berdekatan pintu sebuah bilik di tingkat atas rumah kedai berkenaan.
Wanita warga emas ditemukan rentung dengan 80 peratus kesan lecur
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan SS 22/10, Kelana Jaya awal pagi Jumaat.
Lelaki Orang Asli ditemui rentung dalam kereta terbakar
Seorang lelaki Orang Asli berusia 50 tahun ditemui rentung dalam kejadian kebakaran sebuah kereta di Tapah, malam tadi.
Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS
Seorang rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar terlibat dalam nahas dengan sebuah lori.
Tiga bersaudara rentung, kereta dinaiki rempuh lori sampah
Kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki ketiga-ketiga mangsa itu terbakar sebanyak 95 peratus.
Lelaki rentung kereta dipandu jatuh cerun, terbakar
Seorang lelaki rentung apabila kereta yang dipandu jatuh ke dalam cerun sebelum terbakar di Kilometer 290.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Kajang pada Khamis.
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu
Rumah panjang tersebut dihuni sekitar 189 penduduk, tetapi ramai yang tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden.